 PENGENALAN
Rancangan pembangunan yang pesat telah meningkatkan keperluan bekalan utiliti seperti tenaga elektrik, telekom, bekalan air, gas dan sebagainya. Dalam melengkapkan kemudahan-kemudahan ini, beberapa pihak memainkan peranan untuk memastikan bahawa perkara ini dapat disempurnakan dan sedia digunakan setelah sesebuah projek siap.

Adalah menjadi hasrat dan impian Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraaan (BPK) supaya projek – projek yang disiapkan memenuhi objektif dan keperluan pelanggan dengan mengambilkira masa yang bersesuaian, sumber yang optimum dan kualiti yang terbaik.
Taklimat selama 1 1/2 hari (6hb.April & 7hb.April 2010) yang diadakan di Auditorium, Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 ini adalah sebagai panduan untuk memberi penjelasan berkenaan prosedur dan keperluan syarikat-syarikat utiliti kepada pegawai-pegawai di Kementerian dalam melancarkan pelaksanaan sesebuah projek.
Pembukaan taklimat ini telah disempurnakan oleh Tuan TPK (Perkhidmatan) BPK, Tn. Haji Md. Jalal Bongkik pada 6 April 2010. Taklimat ini juga dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada BPK sendiri, Jabatan Kesihatan Negeri dan hospital-hospital seluruh Malaysia. Selain itu, kehadiran para penceramah dan wakil-wakil dari pihak Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Indah Water Konsortium (IWK) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) turut melengkapkan aturcara bagi taklimat ini.
Nota-nota taklimat boleh dimuatturun melalui link di bawah: a) Peranan Suruhanjaya Tenaga Dalam Mengawalselia Industri Bekalan Tenaga (ST) Borang ST(JPE)10 Pelesenan Persendirian ver211 Borang ST(KE)9 Pepasangan ver2-updated b) Pemohonan Bekalan Elektrik (TNB) Borang Domestik dan Komersil Borang G & H Buku Kenyataan Cas Sambungan c) Pengenalan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) d) Prosedur Untuk Kelulusan Pelan & Pengambilalihan Sistem Bekalan Air (SYABAS) e) Prosedur Kelulusan Sistem Pembetungan (IWK) f) Internal Cabling Guideline For New Building (TM)
PENUTUP
Objektif taklimat ini diharap telah pun tercapai dengan penerangan yang jelas daripada penceramah-penceramah. Justeru, membolehkan kita mengurus dan melaksanakan projek dengan lebih terancang dan mengikut prosedur yang sewajarnya supaya dapat dielakkan projek lewat siap.
Pihak BPK merakamkan penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Indah Water Konsortium (IWK) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana sudi bekerjasama memenuhi jemputan dari pihak BPK dan memberikan taklimat yang jelas kepada pegawai-pegawai yang hadir. Kerjasama ini juga diharap tidak terhenti setakat ini sahaja. Pihak BPK mengharapkan syarikat-syarikat utiliti ini akan terus dapat memberikan panduan dan menjadi rujukan BPK sekiranya terdapat sebarang kemusykilan yang timbul sepanjang pelaksanaan projek kelak.
Senarai nama penceramah: 1) Pn. Noor Aizah Abdul Karim Pegawai Kawal Selia Kanan, Pejabat Kawasan Selanngor, Wilayah dan Putrajaya, ST 2) Ir. S. Parameswaran Pengurus Kanan, Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran, Bahagian Pembahagian, TNB 3) En. Mohd Yazid Ahmad Eksekutif Kanan Teknikal, Unit Standard Teknikal dan Pematuhan, Jabatan Kawal Selia Air, SPAN 4) Pn. Rosmizah Ahmad Pengurus, Jabatan Pembangunan SYABAS 5) Ir. Hj. Sohaimi Kling Pengurus Kanan, Agensi Perakuan Pembentungan, IWK 6) En. Ahmad Izhan Mohd Razali Assistant General Manager (Sales), Held Education & Public Services, Government Sales Division, TM
Sekitar taklimat berlangsung








|