Laman Utama Aktiviti Soalan Lazim Muat Turun Lokasi Kami Hubungi Kami Peta Laman
    


SEKSYEN OPERASI HOSPITAL


Bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

 

Objektif

·     Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

·     Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.

·     Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.

 

Syarikat Konsesi Yang Dilantik

The Concession Companies

Hospitals & Institutions

1997

2009

Faber Medi-Serve Sdn. Bhd.

71

79

Radicare (M) Sdn. Bhd.

37

47

Pantai Medivest Sdn. Bhd.

19

22

Total

127

148

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkhidmatan Yang Diswastakan

Clinical Waste Management (CWMS)

 

Skop Perkhidmatan CWM

·      Pengasingan secara menyeluruh sisa klinikal termasuk penkelasan dan penjadualan pengumpulan dan pelupusan diserahkan kepada incinerator yang berlesen dan menggunakan jentera yang sesuai.

·      Semua peralatan dan barangan digunakan berdasarkan keperluan dan piawai yang telah ditetapkan.

·      Semua prosidur bersangkut paut dengan perkhidmatan mesti mematuhi keperluan pengawalan DOE.

 

 

Linen and Laundry Services (LLS)

Skop Perkhidmatan LLS

·     Barangan dan bahan linen diselaraskan piawaiannya bagi seluruh Negara dan memastikan bekalan linen mencukupi.

·     Kualiti pendobian hendaklah berdasarkan piawai yang diluluskan dan diperakui diperingkat antarabangsa.

·     Proses pengumpulan dan pengangkutan linen yang tercemar dan penghantran linen yang bersih dilakukan berdasarkan prosidur yang terperinci.


Cleansing Services (CLS)

Skop perkhidmatan CLS:

·     Proses pembersihan dilakukan oleh pertugas yang terlatih meliputi semua kawasan dengan menggunakan peralatan yang sepatutnya dan bahan kimia yang mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.

·     Barangan dibekalkan di semua kawasan, termasuk kawasan awam dalam kuantiti yang diperlukan.

·     Perkhidmatan termasuk mengumpul sisa klinikal melalui kaedah yang betul dan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan memperuntukan fasiliti untuk dijadikan pusat penyimpanan.

 

 

Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)

Skop Perkhidmatan FEMS

·     Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.

·     Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.

·     Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.

·     Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.

·     Mengendali latihan kepada pengguna.

 

 

Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)

Skop Perkhidmatan BEMS:

·     Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.

·     Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.

·     Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.

·     Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.

·     Mengendali latihan kepada pengguna.

·     Prosidur yang terperinci untuk bahan berbahaya dan peralatan yang tercemar.

·      Mengawasi ujian penerimaan, karektor/ujian keselamatan dan prestasi.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend





 
Hakcipta Terpelihara © 2009-2011 BPK-KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat daripada laman web ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox & Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.