Laman Utama Aktiviti Soalan Lazim Muat Turun Lokasi Kami Hubungi Kami Peta Laman
    


OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN


Objektif Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK) adalah untuk:

1. Merancang dan melaksanakan program-program di bawah BPK.

2. Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna.

3. Memastikan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling Luar Bandar dilaksanakan secara berkesan.

4. Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.

5. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab BPK.

6. Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan.

7. Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984(Akta 304) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi maksud perubatan untuk memastikan penggunaan sinaran mengion secara selamat, berkesan dan optimum kepada pesakit, pekerja dan orang awam.

8. Memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta memenuhi dan mematuhi kehendak-kehendak kejuruteraan di dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-peraturannya, garis panduan-garis panduan dan piawaian-piawaian yang berkaitan.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend





 
Hakcipta Terpelihara © 2009-2014 BPK-KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat daripada laman web ini.

Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox & Internet Explorer 7.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.