Seksyen Operasi Klinik

SEKSYEN OPERASI KLINIK


Seksyen Operasi Klinik telah diwujudkan pada tahun 2007 yang mana pada asalnya dikenali sebagai Unit Klinik Kesihatan di bawah organisasi Seksyen Operasi. Pada tahun 2010, setelah penstrukturan semula Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dan keperluan dasar baru KKM, Unit ini telah diangkat sebagai Seksyen Operasi Klinik sehingga kini.

Pada permulaannya, Unit ini bertanggungjawab bagi mengurus dan menyelaras projek membaiki dan menaiktaraf fasiliti klinik-klinik kesihatan KKM yang terpilih. Kini, peranan dan tanggungjawab Seksyen ini telah berkembang dengan pelaksanaan program penyelenggaraan dan pembaikan bagi klinik-klinik kesihatan dan pergigian KKM pula.

 

Seksyen Operasi Klinik Tahun 2012

 

Objektif Seksyen

·      Melaksanakan pengurusan projek berdasarkan perancangan, skop, spesifikasi dan kualiti seperti yang telah ditetapkan di dalam dokumen kontrak.

·      Menguruskan proses pelupusan aset-aset mekanikal, elektrikal, elektronik dan biomedikal yang terdapat di klinik-klinik kesihatan dan pergigian KKM di seluruh negara.

·      Memantau pelaksanaan program penyenggaraan dan pembaikan bagi perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti dan biomedikal, perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa klinikal.

 

Aktiviti Seksyen

·     Menguruskan projek-projek membaiki dan menaiktaraf klinik-klinik kesihatan dan pergigian KKM di seluruh Malaysia dengan mengkaji, memantau dan menyelaras laporan dan maklumbalas.

·     Menguruskan program-program penyenggaraan dan pembaikan klinik-klinik KKM dengan penyediaan maklumat klinik-klinik yang terlibat, penyediaan dokumen kontrak, pemantauan projek, pembayaran dan penyediaan laporan kepuasan pelanggan dan penilaian prestasi kontraktor (CPA).

·     Menguruskan maklumat aset tidak alih dengan penyediaan laporan teknikal dan pengurusan pelupusan aset tidak ekonomi dibaiki (BER).

·     Menyediakan khidmat rundingan teknikal seperti penyediaan laporan teknikal Conditional Appraisal (CA), penyediaan dan penyemakan garis panduan serta prosedur dan pelbagai lagi.

 

 

Carta Organisasi Seksyen Operasi Klinik (2013)

 

Ringkasan Projek Membaiki dan Menaiktaraf Fasiliti klinik-klinik kesihatan (Fasa 1) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Di bawah Projek Fasa 1, tumpuan telah diberikan kepada kerja-kerja pembaikan dan penambahan ruang bangunan serta menaiktaraf sistem bekalan air di klinik-klinik kesihatan KKM yang terpilih. Sebanyak 333 fasiliti klinik kesihatan KKM telah terlibat di bawah projek ini. Butiran dan bilangan projek adalah seperti Jadual 1.

Zon

Negeri

Bil Klinik yang terlibat dalam pembaikan dan naiktaraf

Bil. Klinik yang terlibat dalam Sistem Bekalan Air

Jumlah

Zon 1

Selangor

21

-

162

N.Sembilan

27

-

Melaka

8

-

Johor

21

-

Pahang

24

-

Sabah

11

21

Sarawak

9

20

Jumlah

121

41

Zon 2

Perak

29

-

171

P.Pinang

10

-

Kedah

25

-

Perlis

7

-

Kelantan

22

54

Terengganu

24

-

Jumlah

117

54

Jadual 1 : Butiran Projek Membaiki dan Menaiktaraf Fasiliti Klinik-klinik Kesihatan (Fasa 1)

Bilangan klinik yang terlibat bagi adalah mengikut dua pecahan kerja iaitu (1) pembaikan dan menaik taraf dan (2) menaik taraf sistem bekalan air yang mana hanya melibatkan negeri Sarawak, Sabah dan Kelantan sahaja.

 

Ringkasan Projek Perintis Penyenggaraan dan Pembaikan Klinik-klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Projek Perintis : Negeri Pahang

Skop Perkhidmatan : Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS) dan Perkhidmatan Pembersihan (CLS).

Tempoh Projek : 1 Julai 2010 - 30 Jun 2013

Senarai klinik terlibat (10):

·      Klinik Kesihatan Bandar Jengka, Daerah Maran.

·      Klinik Kesihatan Balok, Daerah Kuantan.

·      Klinik Kesihatan Jaya Gading, Daerah Kuantan.

·      Klinik Kesihatan Karak, Daerah Bentong.

·      Klinik Kesihatan Maran, Daerah Maran.

·      Klinik Kesihatan Mentakab, Daerah Temerloh.

·      Klinik Kesihatan Padang Luas, Daerah Bera.

·      Klinik Kesihatan Pekan, Daerah Pekan.

·      Klinik Kesihatan Rompin, Daerah Rompin.

·      Klinik Kesihatan Temerloh, Daerah Temerloh.


Projek Perintis : Negeri Sarawak

Skop Perkhidmatan : Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS) dan Perkhidmatan Pembersihan (CLS).

Tempoh Projek : 15 Mac 2012 - 14 Mac 2013

Senarai klinik terlibat (17):

·      Klinik Kesihatan Asajaya, Bahagian Asajaya.

·      Klinik Kesihatan Sadong Jaya, Bahagian Asajaya.

·      Klinik Kesihatan Debak, Bahagian Betong.

·      Klinik Kesihatan Pusa, Bahagian Betong.

·      Klinik Kesihatan Daro, Bahagian Daro.

·      Klinik Kesihatan Kapit, Bahagian Kapit.

·      Klinik Kesihatan Lawas, Bahagian Lawas.

·      Klinik Kesihatan Sematan, Bahagian Lundu.

·      Klinik Kesihatan Bintangor, Bahagian Meradong.

·      Klinik Kesihatan Tudan, Bahagian Miri.

·      Klinik Kesihatan Kota Samarahan, Bahagian Samarahan.

·      Klinik Kesihatan Kabong, Bahagian Saratok.

·      Klinik Kesihatan Sarikei, Bahagian Sarikei.

·      Klinik Kesihatan Selangau, Bahagian Selangau.

·      Klinik Kesihatan Lanang, Bahagian Sibu.

·      Klinik Kesihatan Song, Bahagian Song.

·      Klinik Kesihatan Tatau, Bahagian Tatau.

 



This article comes from Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan @ Kementerian Kesihatan Malaysia
http://engineering.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://engineering.moh.gov.my/v3/modules/xt_conteudo/index.php?id=30