Soalan Lazim

Seksyen Operasi Biomedikal

Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) adalah merupakan program penyenggaraan dan pembekalan peralatan biomedikal di klinik - klinik terpilih di seluruh Malaysia. Pada masa ini, hanya 10 negeri sahaja yang terlibat iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur/Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan. Syarikat Quantum Medical Solution Sdn Bhd (QMS) telah dipilih untuk menjalankan perkhidmatan penyenggaraan dan pembekalan dalam program MEET ini. 

 

  1. Bilakah Syarikat Konsesi, Quantum Medical Supply Sdn. Bhd. (QMS) mula menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan?

Syarikat Konsesi, QMS menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada 15 Januari 2015.

Untuk makluman, perjanjian telah ditandatangani pada 17 April 2014 dan tarikh berkuatkuasa pada 17 Disember 2014. Tarikh permulaan penyelenggaraan bermula 15 Januari 2015 setelah bon penyelenggaraan dikemukakan oleh pihak syarikat.

 

  1. Apakah jenis-jenis peralatan yang termasuk di dalam Program MEET?

Terdapat tiga (3) jenis peralatan biomedikal di bawah Program MEET iaitu:

  1. Existing Biomedical Equipment (EBE) - Peralatan biomedikal sediaada (Appendik B1 & B2) di dalam Klinik Kesihatan (Appendik A1) dan Klinik Pergigian (Appendik A2)  yang disenaraikan di dalam kontrak
  2. New Biomedical Equipment (NBE) - Peralatan biomedikal bernilai RM2000 ke atas yang akan dibekalkan menerusi perolehan tender (Appendik B3 & B4)
  3. Purchased Biomedical Equipment (PBE) - Peralatan biomedikal bernilai RM2000 ke bawah yang akan dibekalkan menerusi perolehan tender (Appendik B5 & B6)

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan membuat penggantian terhadap alat biomedikal sediaada yang dicadangkan untuk BER?

Tidak.

Syarikat Konsesi, QMS tidak bertanggungjawab untuk membuat penggantian terhadap alat biomedikal sediaada yang dicadangkan untuk BER di bawah Program MEET.

Untuk makluman, penggantian peralatan biomedikal sediaada yang dicadangkan untuk BER perlu melalui kaedah perolehan aset kerajaan.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menggantikan Peralatan Biomedikal Sediaada yang melebihi 10 tahun daripada tarikh pembelian?

Tidak.

Syarikat Konsesi, QMS tidak bertanggungjawab untuk membuat penggantian terhadap peralatan biomedikal sediaada berusia lebih 10 tahun.

Untuk makluman, penggantian peralatan biomedikal sediaada berusia lebih 10 tahun perlu melalui kaedah perolehan aset kerajaan.

 

  1. Bagaimanakah cara untuk memastikan tiada gangguan pada perkhidmatan di klinik memandangkan Peralatan Biomedikal Sediaada yang telah BER tidak akan digantikan di dalam Program MEET?

Pihak pengguna (JKN/PKD/PPD) perlu mengenalpasti peralatan yang akan BER, membuat perancangan awal agar penggantian peralatan tersebut dapat dilakukan melalui tatacara perolehan aset kerajaan sediaada.

  1. Bagaimanakah jenama dan model untuk NBE dan PBE yang akan dibekalkan di bawah Program MEET ditentukan?

Jenama dan model untuk NBE dan PBE yang akan dibekalkan di bawah Program MEET akan ditentukan melalui proses E-Tender dan E-Bidding (Appendik E) berdasarkan spesifikasi teknikal (Appendik D) yang telah dipersetujui.

Jawatankuasa Penilaian Tender yang terdiri daripada KKM dan Syarikat Konsesi, QMS akan membuat syor penender yang memenuhi syarat spesifikasi alat untuk disenaraikan bagi proses E-Bidding.

Lembaga Tender akan menentukan penender yang berjaya setelah proses E-Bidding selesai. 

 

  1. Adakah peralatan Chemistry Analyzer yang akan dibekalkan di bawah Program MEET akan dilengkapi dengan Uninterruptible Power Supply (UPS) dan Water Purification System?

Ya.

Berdasarkan spesifikasi peralatan Chemistry Analyzer (Appendik D - TSN/005K/12), UPS dan Water Purification System turut dibekalkan bersama.

 

  1. Adakah peralatan NBE dan PBE yang akan dibekalkan di bawah Program MEET boleh ditempatkan di klinik yang lain?

Ya. Boleh.

Merujuk Appendik C, NBE dan PBE yang akan dibekalkan boleh ditempatkan di klinik lain tanpa sebarang kos tambahan dengan syarat:-

1) NBE dan PBE yang akan dipindahkan tidak melibatkan Construction Work

2) NBE dan PBE masih belum dibekalkan dan dihantar.

3) Pihak syarikat diberikan notis 30 hari sebelum tarikh pembekalan.

4) Perpindahan hanya melibatkan klinik dalam negeri yang sama dan tersenarai   

    dalam kontrak. 

Walaubagaimanapun, pihak pengguna di PKD dan PPD dinasihatkan untuk membuat permohonan melalui JKN bagi tujuan pelarasan di peringkat negeri.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan membekalkan Lab Information System (LIS) untuk Program MEET?

LIS akan dibekalkan bersama-sama dengan alat HbA1c. Ianya mempunyai 4 port yang boleh disambungkan dengan 4 alat. Namun begitu, sambungan LIS kepada TPC tidak termasuk di bawah skop Program MEET.

 

  1. Siapa yang menentukan 112 kategori peralatan NBE dan PBE untuk Program MEET?

112 kategori peralatan NBE dan PBE untuk Program MEET telah ditentukan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga bagi peralatan di Klinik Kesihatan dan Bahagian Kesihatan Pergigian bagi peralatan di Klinik Pergigian. 

 

  1. Adakah pengimbas ultrasound yang dibekalkan dibawah program MEET ini disertakan bersama troli?

Ya bagi Scanning System Ultrasonic General Purpose (High) (Appendik D – TSN/055K/12)

Tidak bagi Scanning System Ultrasonic General Purpose (Medium) (Appendik D – TSN/116K/12)

 

  1. Jika peralatan NBE didapati hilang semasa tempoh sewaan, siapakah yang akan menanggung kos penggantian?

Merujuk kepada Klausa 31.1 (a) Pihak syarikat akan menanggung kos penggantian bagi peralatan yang hilang semasa tempoh sewaan.

Mengikut prosidur Pengurusan Aset KKM, sebarang asset (termasuk NBE) yang didapati hilang, laporan polis berkaitan kehilangan tersebut perlu dilakukan. Dalam kes NBE ini, pihak insurans akan membiayai kos penggantian jika aset tersebut masih dalam tempoh jaminan perlindungan.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menggantikan peralatan New Biomedical Equipment (NBE) jika ianya telah diperakukan BER?

Ya.

Mengikut Klausa 20.4.3 NBE yang diperakukan BER semasa tempoh sewaan akan digantikan oleh pihak syarikat.    

 

  1. Siapakah yang akan menyelenggara peralatan NBE selepas tempoh sewaan selama 8 tahun tamat?

Penyelenggaraan bagi peralatan NBE selepas tempoh sewaan selama 8 tahun tamat akan dilakukan oleh Syarikat Konsesi, QMS sehingga tarikh tamat kontrak atau peralatan diperakukan BER.

  1. Adakah kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan di dalam kawasan klinik sahaja?

Tidak.

Kerja-kerja penyelenggaraan tidak semestinya dijalankan di dalam kawasan klinik sahaja. Syarikat Konsesi, QMS boleh menjalankan penyelenggaraan di bengkel Syarikat Konsesi, QMS sekiranya perlu.

 

  1. Apakah kategori peralatan pinjaman (Loaner) yang disediakan oleh Syarikat Konsesi, QMS?

Kategori peralatan pinjaman (Loaner) yang disediakan oleh Syarikat Konsesi, QMS adalah seperti di Lampiran 1.

Untuk makluman peralatan pinjaman (Loaner) dikenali sebagai peralatan gantian sementara (Temporary Substitute Equipment). 

 

  1. Pihak manakah yang menentukan 178 kategori bagi peralatan Existing BE yang dimasukkan di bawah program penyelenggaraan Syarikat Konsesi, QMS?

Senarai tersebut telah dicadangkan oleh Syarikat Konsesi, QMS dan telah dipersetujui oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Bahagian Kesihatan Pergigian.

 

  1. Adakah borang khas diwujudkan bagi peralatan perubatan yang akan dibawa keluar dari klinik bagi tujuan pembaikan atau servis?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan menggunakan Service Report bagi sebarang peralatan perubatan yang dibawa keluar dari klinik bagi tujuan tersebut dan satu salinan akan dikemukakan kepada pihak klinik.  Bagi peralatan perubatan yang merupakan aset KKM, pihak klinik perlu merekod dalam KEW-PA  6 iaitu pergerakakan aset alih.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menyelenggara peralatan sewaan reagen seperti analysers?

Tidak.

Perkhidmatan Penyelenggaraan hanya melibatkan Existing BE yang disenaraikan di dalam kontrak Appendik B1 & B2 dan peralatan tersebut adalah aset KKM.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menyelenggara sistem komputer yang dihubungkan dengan kamera fundus (Camera, Fundus)?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan menyelenggara sistem komputer yang disambungkan dengan kamera fundus (fundus camera).

 

  1. Adakah stethoscope termasuk dalam senarai peralatan yang akan diselenggara dalam program penyelenggaraan oleh Syarikat Konsesi, QMS?

Tidak.

Stethoscope tidak diselenggara di dalam program ini. Sila rujuk 178 kategori aset yang disenaraikan di dalam kontrak (Appendik V1).

 

  1. Apakah aksesori Dental Chair yang termasuk dalam perkhidmatan penyelenggaraan?

Aksesori Dental Chair yang termasuk dalam perkhidmatan penyelenggaraan adalah:

  • Tiga (3) unit Highspeed Handpieces,
  • Satu (1) unit Straight Handpiece (Micromotor),
  • Dua (2) unit Contra Angle Handpiece,
  • Satu (1) unit Light Cure,
  • Satu (1) unit Ultrasonic Scaler dengan dua (2) Handpiece.
  • Satu (1) unit Air Compressor Medical Grade
  • Satu (1) High Vacuum Suction System

 

  1. Adakah Water Purification System bagi Chemistry Analyser akan diselenggara?

Ya.

Water purification system yang berhubung dengan Chemistry Analyser akan diselenggara oleh Syarikat Konsesi, QMS termasuk membran. Walau bagaimanapun, water filter cartridge yang dipasang di bahagian paip air masuk TIDAK akan diselenggara oleh pihak Syarikat Konsesi, QMS. Ia adalah di bawah tanggungjawab fasiliti itu.

 

  1. Adakah consumables seperti hot pack termasuk dalam skop program penyelenggaraan ini?

Tidak.

Hot pack merupakan patient related consumable, ia tidak akan diselenggara oleh Syarikat Konsesi, QMS.

 

  1. Bagaimana mahu membezakan antara Otoscope dan Opthalmoscope?

Set diagnostic yang mempunyai satu lengkapan kepala dikategorikan sebagai otoscope

Set diagnostic yang mempunyai lebih dari satu lengkapan kepala dikategorikan sebagai opthalmoscope.

 

  1. Siapakah yang akan menguruskan third party calibration dan statutory certification?

Syarikat Konsesi, QMS akan mengenalpasti dan menguruskan peralatan yang memerlukan third party calibration dan statutory certification seperti yang telah ditetapkan dalam skop Perkhidmatan Penyelenggaraan ini (Appendik V1 – Schedules B07).

 

  1. Adakah terdapat borang khas untuk Preventive Maintenance (PM) dan Routine Inspection (RI)?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan menggunakan borang dan checklist (Appendik V1 - FORM B03) yang telah disahkan oleh pihak KKM bagi kedua-dua kerja penyelenggaraan tersebut.

 

  1. Nyatakan contoh badan yang terlibat dalam Third Party Calibration.

Salah satu contoh badan yang terlibat dalam Third Party Calibration adalah SIRIM.

 

  1. Siapakah yang akan menanggung kos penempatan semula Existing BE ke klinik lain?

Kos penempatan semula Existing BE ke klinik lain perlu ditanggung oleh pihak klinik.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyelenggaraan tidak berjadual?

Penyelenggaraan tidak berjadual (Unschedule Maintainance) adalah kerja-kerja pembaikan bagi peralatan Existing BE, New BE dan Purchased BE yang rosak semasa digunakan. Penyelenggaraan tidak berjadual termasuk :

  • Breakdown Maintainance
  • Corrective Maintainance

 

  1. Apakah perbezaan di antara penyelenggaraan kerosakan (Breakdown Maintenance) dan penyelenggaraan pembetulan (Corrective Maintenance)?

Penyelenggaraan Kerosakan: Penyelenggaraan Kerosakan dilakukan ke atas peralatan yang gagal berfungsi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Penyelenggaraan Pembetulan: Penyelenggaraan Pembetulan dilakukan apabila kecacatan dikesan semasa penyelenggaraan berjadual dilakukan.

 

  1. Bagaimana pihak klinik boleh mengenalpasti kakitangan Syarikat Konsesi, QMS?

Kakitangan Syarikat Konsesi, QMS akan memakai kad kakitangan syarikat dan pakaian rasmi syarikat beserta logo syarikat semasa berada di klinik terlibat.

 

  1. Bagaimana pengguna boleh membuat aduan kerosakan peralatan?

Aduan kerosakan boleh dibuat melalui media berikut:

  • CAMMS Web Work - http://www.camms.com.my/software/camms.html
  • Pusat Panggilan Syarikat - 03-2724 2299
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - 012-396 3964
  • Pesanan Multimedia (MMS) - 012-396 3964
  • Faksimili - 03-2724 2200
  • Email - becomplaint@qms.com.my

 

  1. Bagaimanakah aduan boleh dilakukan selepas waktu operasi klinik?

Aduan boleh dilakukan melalui semua media aduan yang beroperasi selama 24 jam dan 7 hari seminggu.

 

  1. Adakah pengguna di klinik perlu membeli consumable bagi tujuan penyelenggaraan?

Tidak.

Consumable bagi tujuan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab pihak syarikat (Appendik V1 – Schedules B06(a))

Manakala bagi User Related Consumable (Appendik V1 – Schedules B06(b)) adalah di bawah tanggungjawab pihak klinik.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS dikenakan denda/penalti jika tidak patuh kepada KPI yang telah ditetapkan?  

Ya.

Denda/penalti akan dikenakan seperti yang ditetapkan di dalam kontrak (Appendik V1 - Schedule B04)

 

  1. Bilakah permulaan denda/penalti dikenakan?

Permulaan denda/penalti dikenakan pada 17 Jun 2015 iaitu enam (6) bulan selepas tarikh berkuatkuasa kontrak (Effective Date). (Klausa 21.1.1)

 

  1. Pihak manakah yang mengesahkan laporan denda/penalti?

Pihak klinik perlu menyemak laporan denda/penalti sebelum diserahkan kepada PKD atau PPD untuk pengesahan.

 

  1. Apakah Uptime Guarantee bagi peralatan biomedikal sedia ada yang melebihi 15 tahun?

Merujuk kepada perjanjian konsesi (Schedule B05), peralatan biomedikal sedia ada yang melebihi 15 tahun tidak terikat dengan KPI Uptime Guarantee.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan melakukan tagging ke atas aset bagi klinik yang ditutup secara kekal?

Syarikat Konsesi, QMS akan melakukan tagging ke atas aset bagi klinik yang ditutup secara kekal dengan syarat aset tersebut dipindahkan ke klinik yang tersenarai di dalam kontrak.

 

  1. Siapakah yang akan menyelenggara peralatan yang tidak di tag oleh pihak Syarikat Konsesi, QMS?

Peralatan yang tidak di tag oleh Syarikat Konsesi, QMS adalah tidak termasuk di dalam perjanjian konsesi. Oleh itu, pihak klinik atau PKD perlu menyelenggara peralatan tersebut menggunakan peruntukan sendiri.

  Bagi aksesori pergigian walaupun aksesori tersebut tiada tag, aksesori tersebut perlu disenggara oleh pihak Syarikat Konsesi, QMS. Sila rujuk BKP untuk senarai aksesori.

 

      13. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat peralatan hilang semasa pembaikan diluar Klinik yang dijalankan oleh pihak Syarikat Konsesi, QMS?

    Pihak Syarikat Konsesi, QMS perlu mengemukakan surat perakuan terhadap kehilangan dalam tempoh 7 hari peralatan tersebut disedari/didapati hilang. Setelah menerima surat perakuan daripada pihak Syarikat Konsesi, QMS, dalam masa 24jam pihak Klinik perlu membuat laporan polis dengan membawa bersama surat perakuan tersebut. Selepas laporan polis dilakukan, dalam tempoh 2 hari bekerja, pihak Klinik perlu menyediakan laporan awal kehilangan yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perolehan dan Penswastaan beserta laporan polis tersebut.

 

      14. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya didapati kakitangan pihak Syarikat Konsesi, QMS yang menjalankan kerja-kerja pembaikan tidak kompeten?

     Pihak Syarikat Konsesi, QMS perlu memastikan semua kakitangan yang mengendalikan peralatan biomedikal adalah memenuhi keperluan Akta 737 Peranti Perubatan 2012 dan Piawaian MS 2058. Pihak Klinik boleh membuat aduan kepada pihak Medical   Device Authority (MDA) untuk tindakan lanjut pihak MDA dan salinan aduan dipanjangkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

 

  1.   Apakah perbezaan di antara Work Order Complete Date dan Work Order Close Date?

Work Order Complete Date adalah tarikh kerja yang telah selesai dijalankan dan diperakukan oleh user dengan menandatangani borang work order.

Work Order Close Date adalah tarikh di mana borang tersebut dikembalikan kepada state manager untuk direkodkan di dalam CAMMS. 

 

  1. Adakah salinan PM Checklist akan dikemukakan kepada user?

Ya. Pihak QMS perlu mengemukakan salinan PM Checklist kepada user untuk simpanan. 

 

  1. Adakah pemindahan peralatan di bawah Program MEET dibenarkan?

Ya. Pemindahan peralatan hanya boleh dilaksanakan pada PTJ yang sama mengikut Tatacara Pengurusan Aset.

Manakala, pemindahan peralatan pada PTJ yang berbeza adalah tidak dibenarkan.

Pihak QMS perlu merekodkan status pemindahan di dalam sistem CAMMS sebagai relocation bagi kedua-dua klinik yang terlibat iaitu klinik yang memindahkan peralatan dan klinik yang menerima peralatan.

   

 

 

Apakah jenis penyelenggaraan berjadual?

Terdapat empat (4) jenis penyelenggaraan berjadual iaitu:

  1. Preventive Maintenance (PM) – Penyelenggaraan pencegahan yang dilaksanakan secara berjadual dan mengikut senarai semak yang telah ditetapkan.
  2. Routine Inspection (RI) – Pemeriksaan rutin yang dilakukan secara visual bagi memantau keadaan peralatan serta mengenalpasti sebarang kerosakan untuk dibuat pembaikan.
  3. Third Party Calibration (TPC) – Proses kalibrasi yang dilakukan oleh pihak ketiga bagi memastikan peralatan berfungsi mengikut piawaian yang ditetapkan. Contoh pihak ketiga yang melakukan proses kalibrasi adalah SIRIM.
  4. Statutory Certification (SC) – Sijil kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa selaras dengan keperluan akta, undang-undang dan peraturan di Malaysia. Contoh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). 

 

  1. Apakah perbezaan diantara Preventive Maintenance dan Routine Inspection?
  1. Preventive Maintenance (PM) adalah penyelenggaraan pencegahan yang dilaksanakan secara berjadual dan mengikut senarai semak yang telah ditetapkan. Sila rujuk Schedule B07(a) bagi peralatan yang memerlukan PM.
  2. Routine Inspection (RI) adalah pemeriksaan rutin yang dilakukan secara visual bagi memantau keadaan peralatan serta mengenalpasti sebarang kerosakan untuk dibuat pembaikan. Sila rujuk Schedule B07(b) bagi peralatan yang memerlukan RI.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menyediakan jadual bagi penyelenggaraan berkala?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan menyediakan jadual bagi penyelenggaraan berkala dan menghantar jadual tersebut kepada PKD/PPD setiap tahun untuk disahkan sebelum penyelenggaraan berkala dilakukan.

 

  1. Adakah kekerapan PM bagi 178 kategori peralatan biomedikal telah ditetapkan?

Ya.

Kekerapan PM bagi 178 kategori peralatan telah ditetapkan dalam Appendik V1 Maintainance Service Manual.

Walaubagaimanapun, jika terdapat perbezaan di antara kekerapan PM Appendik V1 dengan yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar, kekerapan PM adalah merujuk kepada kekerapan yang telah ditetapkan oleh syarikat pengeluar. 

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menggunakan senarai semak untuk PPM?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan menggunakan senarai semak yang telah disahkan oleh KKM.

 

  1. Adakah terdapat penalti untuk PM?

Ya.

Penalti akan dikenakan ke atas ketidakpatuhan kepada KPI yang ditetapkan. Sila rujuk Appendix V1 Maintenance Service Manual.

 

  1. Siapakah yang akan mengesahkan laporan penalti?

PKD / PPD akan mengesahkan laporan penalti yang akan diproses oleh CAMMS.

 

  1. Adakah klinik perlu menandatangai apa-apa dokumen selepas penyelenggaraan berjadual dilaksanakan?

Ya.

Klinik perlu menandatangani Form B03 Schedule Maintanance Work Order setelah penyelenggaraan berjadual dilaksanakan.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan menjalankan kalibrasi pada peralatan setiap kali penyelenggaraan berjadual dilakukan?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan menjalankan kalibrasi mengikut senarai semak penyelenggaraan berjadual yang ditetapkan.

 

       10. Adakah Syarikat Konsesi, QMS perlu mengemukakan notis sebelum menjalankan setiap penyelenggaraan              berjadual?

Ya.

Merujuk kepada Scheduled Maintenance, (Appendik V1 – MSM 001) pihak Syarikat Konsesi, QMS perlu mengemukakan notis kepada pihak Klinik sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum menjalankan kerja. Notis yang dikemukakan hendaklah dinyatakan tarikh penyelenggaraan dengan jelas. 

 

 

 

 

 

  1. Adakah Fi penyelenggaraan akan dituntut bagi peralatan yang dicadangkan untuk BER di bawah senarai Existing Biomedical Equipment (EBE)?

Ya.

Fi penyelenggaraan akan dituntut bagi peralatan yang baru dicadangkan untuk BER.

Fi penyelenggaraan akan dihentikan setelah sijil perakuan pelupusan (PEP) KEW-PA 16 diperolehi bagi peralatan bernilai RM5000.00 dan keatas. Manakala bagi peralatan bernilai kurang daripada RM5000.00 borang BER2A perlu diperakukan.

 

  1. Adakah Syarikat Konsesi, QMS akan membuat penggantian peralatan Existing Biomedical Equipment (EBE) setelah BER diluluskan?

Tidak.

Syarikat Konsesi, QMS tidak akan membuat penggantian bagi peralatan yang telah diperakukan untuk pelupusan.

 

  1. Apakah tindakan yang perlu dibuat jika peralatan BER masih terdapat di dalam senarai Existing Biomedical Equipment (EBE)?

Jika peralatan tidak digunakan dan telah mendapat sijil perakuan pelupusan (PEP), PKD/PPD/Klinik perlu memberikan salinan PEP kepada Syarikat Konsesi, QMS bagi mengeluarkan peralatan tersebut daripada senarai EBE serta fi penyelenggaraan akan ditamatkan.

 

  1. Siapakah yang akan mengeluarkan sijil perakuan pelupusan (PEP)?

Sijil perakuan pelupusan (PEP) akan dikeluarkan oleh Jurutera berkelayakan. Syarikat Konsesi, QMS bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen sokongan dan disahkan oleh PKD/PPD/Klinik dan dimajukan kepada JKN untuk mendapatkan kelulusan pelupusan.

 

  1. Bagaimanakah jika terdapat peralatan yang telah mendapat sijil PEP dalam senarai FIN-08A?

Peralatan tersebut akan dikeluarkan daripada senarai FIN-08A dengan syarat pihak PKD/PPD dapat mengemukakan sesalinan sijil PEP KEW-PA 16 atau borang BER2A kepada pihak syarikat.

  1. Berapakah kategori peralatan bagi Biomedical Equipment (BE) dalam Program MEET?

Terdapat 178 kategori peralatan bagi Biomedical Equipment (BE) seperti yang tersenarai di dalam Appendix G1 & Appendix V1 dalam perjanjian konsesi.

 

  1. Mengapakah freezer perlu diselenggara?

Freezer perlu diselenggara kerana ia mempunyai komponen mekanikal yang memerlukan penyelenggaraan dan perlu dibaiki sekiranya rosak. 

  1. Adakah sistem CAMMS beroperasi 24 jam?

Ya.

Sistem CAMMS beroperasi selama 24 jam sehari. Sistem ini boleh diakses dimana-mana melalui talian internet.

 

  1. Adakah pengguna di PKD/PPD boleh mengakses sistem CAMMS untuk mengesahkan maklumat pembayaran?

Ya.

PKD/PPD boleh mengakses sistem CAMMS untuk mengesahkan maklumat pembayaran.

  1. Adakah tempoh Kerja Pembinaan termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum?

Ya.

Tempoh Kerja Pembinaan termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum. 

 

  1. Untuk Kerja Pembinaan, bagaimana sekiranya as-built drawing untuk klinik tiada di PKD/PPD atau dimana-mana?

Syarikat Konsesi, QMS dan konsultan bertanggungjawab untuk mendapatkan as built drawing bagi memastikan program tidak terganggu.

 

  1. Siapakah yang akan dilantik untuk memantau Kerja Pembinaan di klinik yang   terlibat?

Syarikat Konsesi, QMS perlu melantik pegawai penyelia (supervising officer) untuk memantau kerja pembinaan di klinik yang terlibat.

 

  1. Adakah sebarang penalti atau Liquidated Ascertained Damage (LAD) dikenakan untuk kelewatan Kerja Pembinaan?

Ya.

Liquidated Ascertained Damage (LAD) akan dikenakan sekiranya kelewatan kerja pembinaan menyebabkan kelewatan pembekalan New Biomedical Equipment (NBE).

 

  1. Adakah sebarang Kerja Pembinaan untuk Alat Steril table top?

Tidak.

Tiada kerja pembinaan untuk Sterilizing unit table top. (Appendix V2, Schedule A03)

  1. Kenapa caj penyelenggaraan perlu dibayar setiap bulan untuk Peralatan Biomedikal sediaada?

Caj penyelenggaraan perlu dibayar setiap bulan untuk Existing Biomedical Equipment (EBE) bagi memastikan perkhidmatan penyelenggaraan tidak terjejas.

Untuk makluman, caj penyelenggaraan yang dikenakan adalah termasuk kos alat ganti, pembangunan dan penyelenggaraan CAMMS, aduan kerosakan tanpa had, serta lain-lain kos berkaitan pelaksanaan dan pengurusan projek ini. 

 

  1. Siapakah yang memuktamadkan kadar penyelenggaraan dan purata kos pembelian bagi 178 kategori peralatan biomedical?

Kadar penyelenggaraan dan purata kos pembelian bagi 178 kategori peralatan biomedikal dimuktamadkan di peringkat UKAS.

 

  1. Siapakah yang perlu mengesahkan semua dokumen sokongan (FIN03, FIN08, & FIN08A)?

FIN03 akan disahkan oleh PKD/PPD manakala FIN08 dan FIN08A akan disahkan oleh klinik.

 

  1. Bagaimana pengiraan bayaran perkhidmatan penyelenggaraan bagi peralatan perubatan sedia ada?

Pengiraan bayaran perkhidmatan penyelenggaraan bagi peralatan perubatan sedia ada adalah mengikut formula yang telah ditetapkan seperti di Appendik G1-Maintenance Service Charges for Existing Biomedical Equipment.

 

  1. Adakah inbois (FIN02) berasingan dikeluarkan untuk Kesihatan Awam dan Pergigian?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan mengemukakan 2 inbois FIN02 kepada JKN secara berasingan bagi Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pergigian.

 

  1. Adakah PKD/PPD akan dibekalkan dengan salinan dokumen sokongan inbois untuk simpanan?

Ya.

Syarikat Konsesi, QMS akan membekalkan dokumen dalam 2 salinan kepada PKD/PPD. Satu salinan untuk Syarikat Konsesi, QMS dan satu salinan untuk simpanan PKD/PPD.

 

  1. Bagaimana PKD/PPD dimaklumkan tentang kos peralatan perubatan sedia ada, bayaran penyelenggaraan, peralatan perubatan baru, dan peralatan perubatan belian dan kerja-kerja pembinaan?

KKM akan mengeluarkan notis kepada semua PKD/PPD mengenai kos peralatan perubatan sedia ada dan penyelenggaraan. Bagi kos peralatan perubatan belian, kos penyelenggaraan peralatan perubatan belian, sewaan dan penyelenggaraan peralatan perubatan baru, dan kerja-kerja pembinaan akan ditentukan dan dimaklumkan selepas penganugerahan tender.

1. Adakah pindaan/perubahan pada penalti yang telah dipersetujui/disahkan semasa mesyuarat boleh dilakukan       selepas mesyuarat dijalankan?

Tidak.

Sebarang pindaan/perubahan pada penalti hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat dijalankan. Tiada pindaan/perubahan pada penalti boleh dilakukan tanpa persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Penalti (VCM). Sekiranya terdapat penalti yang tidak dipersetujui atau tidak disahkan semasa mesyuarat, penalti tersebut hendahlah diasingkan daripada penalti yang telah dipersetujui atau telah disahkan. Sebarang perubahan pada penalti yang telah dipersetujui atau disahkan semasa mesyuarat tidak boleh diubah.

 

2. Apakah yang dimaksudkan oleh aduan berulang (Duplicate Work Request)?

Aduan berulang adalah aduan kerja bagi kerosakan yang sama pada peralatan yang sama dilakukan oleh pegawai yang berbeza pada waktu yang sama atau waktu yang berbeza.

 

3. Adakah penalti dikenakan pada aduan berulang (Duplicate Work Request)?

Tidak.

Penalti hanya dikenakan pada satu aduan sahaja iaitu aduan terawal. Aduan berulang tidak dikenakan penalti kecuali aduan pertama telah ditutup.

 

4. Adakah penalti dikenakan ke atas kelewatan menjalankan keperluan undangundang (Statutory Requirement)?

Ya.

Merujuk kepada Schedule Maintenance (Appendik V1 - MSM 001), Statutory Requirement adalah di bawah kategori Schedule Maintenance. Sehubungan itu, merujuk kepada Key Performance Indicator, (Appendik V1 – Schedule B02) Statutory Requirement perlu dijalankan pada bulan semasa. Sekiranya Statutory Requirement tidak dijalankan, penalti akan dikenakan per bulan. 

 

5. Adakah penalti dikenakan ke atas dental chair sekiranya kelewatan membaiki aksesori seperti hand piece atau     compressor?

Ya.

Merujuk kepada Comprehensive Maintenance, peralatan yang diselenggara hendaklah berfungsi 100%. Sehubungan itu, kegagalan aksesori berfungsi menyebabkan penalti dikenakan ke atas peralatan utama. Sila rujuk C8 untuk senarai aksesori bagi dental chair. 

 

6. Adakah penalti dikenakan ke atas aduan kedua bagi peralatan yang masih belum selesai aduan pertama? 

Tidak. Penalti hanya dikenakan sekali ke atas satu BE number pada masa yang sama. Walaubagaimanapun, sekiranya aduan pertama telah selesai melebihi KPI dan aduan kedua belum selesai melebihi KPI, penalti akan dikenakan ke atas aduan pertama dan kiraan penalti untuk aduan kedua tetap berjalan.