Kembali

BENGKEL PENDAFTARAN ASET TAK ALIH IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN

29/11/2017 By Caw_Perancangan

Putrajaya 29 Nov - Satu bengkel pendaftaran aset tak alih peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan. Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini adalah bertujuan untuk mendaftar aset tak alih di IPKKM bagi kategori Daftar Aset Khusus (DAK) peringkat ruang. Bengkel ini dihadiri oleh Pegawai Operasi Fasiliti (POF) dan Pengawai Data & Daftar Fasiliti (PDF) dari bahagian - bahagian IPKKM.