Kembali

LAWATAN PEMANTAUAN VERIFIKASI DATA INVENTORI DAN PENILAIAN RISIKO KESIHATAN ALAM SEKITAR (EHRI) BAGI PROJEK KHAS CAMERON HIGHLANDS

03/03/2020 By NEHAP

CAMERON HIGHLANDS – Satu Lawatan Pemantauan Verifikasi  Data Inventori Dan Penilaian Risiko Kesihatan Alam Sekitar (EHRI) Bagi Projek Khas Cameron Highlands telah diadakan pada 3 Mac 2020 (Selasa). Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (NEHAP), Pn. Jamilah Binti Mahmood yang disertai oleh pegawai-pegawai dari Seksyen NEHAP, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),  Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands.

Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat verifikasi terhadap data EHRI terutamanya yang melibatkan kebun-kebun sayur dan pencemaran sumber air. Penilaian Kesihatan Alam Sekitar bagi Cameron Highlands akan dilaksanakan berdasarkan kepada maklumat pemetaan geospatial yang telah disediakan oleh pihak MYSA. Selain itu, pihak MYSA akan menyediakan Video 3D untuk memberi gambaran sebenar pencemaran sumber air daripada kebun-kebun sayur di Cameron Highlands.