Kembali

MESYUARAT PELAN TINDAKAN STATE ENVIRONMENTAL HEALTH ACTION PLAN (SEHAP) BAGI NEGERI JOHOR BIL.1 TAHUN 2020

03/03/2020 By NEHAP

SKUDAI, Johor -  Mesyuarat Pelan Tindakan State Environmental Health Action Plan (SEHAP) Bagi Negeri Johor Bil.1 Tahun 2020 telah dianjurkan oleh Unit Kejuruteraan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Johor, selaku Sekretariat bersama SEHAP Johor.

Mesyuarat ini ini merupakan kali pertama yang diadakan oleh SEHAP Johor selepas pelaksanaan SEHAP mendapat kelulusan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 25 September 2019 yang lalu. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada jabatan atau agensi di peringkat negeri Johor, yang secara tidak langsungnya merupakan ahli-ahli di dalam  empat (4) Kumpulan Kerja Tematik (TWG) di bawah SEHAP Johor.