Kembali

SESI PENGUJIAN USER ACCEPTANCE TEST (UAT) BAGI APLIKASI ENVIRONMENTAL HEALTH RISK INVENTORY (EHRI) UNTUK MODUL 1 SECARA VIDEO TELE-CONFERENCING (VTC)

13/04/2020 By NEHAP

Putrajaya -  Sesi Pengujian UAT bagi Aplikasi EHRI dijadualkan diadakan di Makmal Komputer, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KKM pada 13-14 April 2020. Walau bagaimanapun penularan wabak penyakit COVID 19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan telah mengubah kaedah sesi ini kepada kaedah VTC. VTC ini telah diadakan dengan JKN Kedah pada 13-14 April 2020 dan JKN Terengganu pada 15-16 April 2020. Sesi VTC ini telah dikendalikan oleh pihak BPM, KKM dan dibantu oleh Unit PEKA, Seksyen NEHAP, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM. Sesi VCT ini telah berjaya dilaksanakan dengan adanya komitmen dan kerjasama daripada semua pihak terlibat.