Kembali

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EHRI Bil. 1/2020 (NOTA KERJASAMA BPKj & MYSA)

08/10/2020 By NEHAP

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EHRI Bil. 1/2020 (Nota Kerjasama BPKj & MYSA) telah berlangsung pada 8 Oktober 2020 di Bilik Bunga Raya, Agensi Angkasa Malaysia, Kuala Lumpur. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status pelaksanaan Sistem Environmental Health Risk Inventory (EHRI) dan cadangan sistem baru iaitu Sistem Drinking Water Quality Index (DWQI).  Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan) dan dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Bahagian Pengurusan Maklumat dan MYSA.