Kembali

MESYUARAT KOORDINASI MENGENAI PEMATUHAN PREMIS - PREMIS YANG MELAKSANAKAN PRA-RAWATAN SISA KLINIKAL MENGGUNAKAN TEKNOLOGI OZON (OZONATOR)

13/10/2020 By NEHAP

PUTRAJAYA - Mesyuarat koordinasi di antara Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai Pematuhan Premis Yang Melaksanakan Pra-Rawatan Sisa Klinikal Menggunakan Teknologi Ozon,  telah berlangsung pada 13 Oktober 2020 di Bilik Mesyuarat Dinamik, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM.


Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan hala tuju dan polisi bagi premis yang merawat sisa klinikal menggunakan teknologi intermediate treatment atau pra-rawatan seperti ozonation, microwave dan chemical treatment. Mesyuarat turut membincangkan kaedah persampelan dan ujian makmal bagi melaksanakan pengujian terhadap sampel residu hasil daripada pra-rawatan sisa klinikal tersebut.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Regulatori) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM dan dihadiri oleh Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, JAS dan wakil, pegawai-pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, wakil Bahagian Kawalan Penyakit, wakil Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan wakil Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).