Kembali

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PEMBAIKAN & PENYELENGGARAAN KUARTERS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BIL.1/2020

14/10/2020 By SOK

SELANGOR - Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pembaikan & Penyelenggaraan Kuarters Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bil.1/2020 telah berlangsung pada 29 September 2020 di Avenue Garden Bangi Hotel. Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah membincangkan isu-isu seperti penyelarasan pelaksanaan dan status kemajuan projek pembaikan serta penyelenggaraan kuarters klinik di negeri. Antara wakil yang turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah wakil Bahagian Pembangunan, Bahagian Pembangunan  Kesihatan Keluarga, wakil Bahagian Kewangan, Ketua Sektor Operasi Klinik, Ketua Jurutera Negeri,  Jurutera daripada Sektor Operasi Klinik dan Jurutera Operasi Klinik daripada Jabatan Kesihatan Negeri.