Cawangan Perancangan

 

 

CAWANGAN PERANCANGAN

 

1. Merancang dan mewujudkan dasar dan strategi bagi program kejuruteraan untuk menepati keperluan kementerian.

2. Menggubal dan menyemak akta dan peraturan-peraturan bagi disesuaikan dengan keadaan semasa dan standard antarabangsa.

3. Menyedia dan menyemak garis panduan dan standard bagi menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan.

4. Merancang pembangunan modal insan bagi mempertingkatkan prestasi dan kecekapan organisasi.

5. Menyediakan khidmat nasihat kepakaran serta menggalakkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menilai kesesuaian teknologi dan keberkesanan program.

6. Membuat semakan, pemeriksaan, pengesahan pematuhan kepada perundangan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

 

Terdapat 4 unit di bawah Cawangan Perancangan iaitu:

 

UNIT TEKNIKAL

1. Merancang dan melaksanakan perolehan peralatan biomedikal, kenderaan dan sistem kejuruteraan.

2. Mengurus dan melaksanakan perancangan organisasi dan perjawatan untuk skim kejuruteraan di Kementerian Kesihatan.

3. Penyelaras laporan/kertas cadangan untuk projek-projek pembangunan melibatkan Agensi Pusat.

4. Bertindak sebagai Pegawai Aset Alih untuk Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

5. Khidmat nasihat teknikal kejuruteraan.

6. Aktiviti penambahbaikan pengurusan, kualiti dan profesionalisma Jabatan.

7. Kajian kejuruteraan dan penyediaan garispanduan/piawaian.

8. Penyelaras Aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih.

9. Khidmat nasihat teknikal untuk projek peralatan perubatan (biomedikal).

 

 

UNIT KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR (PKAS)
 
1. Menyelaras perkhidmatan pengurusan tempat letak kereta (TLK) di fasiliti KKM dan sebagai Urusetia Jawatankuasa Pemandu Pengurusan TLK di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Mengurus dan membuat penilaian bagi permohonan syarikat untuk outsourcing atau pembangunan TLK di hospital KKM.

3. Menyelaras pembangunan dan peruntukan latihan dalam perkhidmatan (latihan dalam dan luar negara) bagi jurutera KKM.

4. Menyelaras dan menilai Laporan CPD (continual professional development) bagi semua jurutera KKM.

5. Menyelaras dan mengurus penyediaan Garis Panduan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan seperti mould control dan healthcare waste.

6. Menyelaras dan mengurus sukatan peperiksaan dan penggubalan peperiksaan subjek jabatan bagi Penolong Jurutera KKM.

7. Menyelaras pelaksanaan dan melaporkan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Kesihatan di bawah pelaksanaan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

 

UNIT PENGURUSAN FASILITI (UPF)

Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) di bawah Cawangan Perancangan di Bahagian Perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam  Pengurusan  Aset Tak Alih (PATA) KKM yang bermula secara effektif  1 Julai 2015. Pengwujudan UPF ini adalah selaras dengan kehendak sepertimana yang dinyatakan di dalam  Pekeliling Am Bil 2. Tahun 2012 Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) bagi mengurus Aset Tak Alih Kerajaan di Kementerian ini.

 

Objektif

1. Memastikan pendaftaran aset tak alih dilaksanakan di semua peringkat Bahagian / Jabatan / Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Memastikan pengurusan operasi dan penyenggaraan Fasiliti yang berkesan untuk meningkatkan jangka hayat aset serta pulangan pelaburan yang tinggi kepada kerajaan.

3. Memastikan penyediaan bajet pengurusan aset tak alih dilaksanakan di semua peringkat Bahagian / Jabatan / Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4. Memastikan pengukuran prestasi dan penarafan secara sistematik bagi mengoptimumkan nilai aset dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan.

 

Peranan dan Tanggungjawab

Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) adalah berperanan mengurus dan menyelaras  dalam perlaksanaan Pengurusan Aset Tak Alih di Kementerian Kesihatan seperti di nyatakan di bawah:

1. Menyelaras semua aset tak alih kerajaan di Kementerian Kesihatan yang meliputi:

  • Penerimaan dan pendaftaran aset.
  • Operasi dan penyelenggaraan aset.
  • Penilaian keadaan atau prestasi aset.
  • Pemulihan/ubah suai/naik taraf aset.
  • Pelupusan aset.
  • Kehilangan dan hapus kira.

2. Memantau, mengawal dan menilai pencapaian pelan pelaksanaan, aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih;

3. Mengurus permohonan Anggaran Belanjawan Mengurus bagi pengurusan aset tak alih.

4. Mengurus keperluan sumber, latihan kompetensi, audit dalaman dan rekod-rekod yang berkaitan dengan aset tak alih.

5. Mengendali mesyuarat penyelarasan pengurusan aset tak alih.

6. Mengurusetia mesyuarat JKPAK (Fasiliti) dan mesyuarat kajian semula (MKSP) di peringkat Kementerian.

7. Mengurus pelantikan Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kerajaan, Ahli Jawatankuasa Penyiasat (kehilangan/hapus kira), panel penilai teknikal dan pihak pelaksana  sekiranya berhubung dengan pihak ketiga.

 

 

UNIT PENJAGAAN KESIHATAN SWASTA (UPKS)

 

Latar Belakang

UPKS telah ditubuhkan pada September 2007 berikutan berkuatkuasanya Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586) dan Peraturan-peraturan dibawahnya. Akta ini dikawal oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Akta ini memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. Secara umumnya, peranan UPKS adalah memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta memenuhi dan mematuhi kehendak-kehendak kejuruteraan di dalam Akta tersebut. Antara Peraturan-Peraturan dibawah Akta 586 adalah seperti berikut:

i) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006; dan

ii) Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta) 2006.

 

Selain itu, UPKS juga turut melaksana dan menguatkuasakan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) dan peraturan yang berkaitan dengannya.

 

Aktiviti UPKS

1. Menyemak dan memberi ulasan terhadap pelan-pelan kejuruteraan yang dikemukakan bagi memastikan ianya mematuhi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, peraturan-peraturannya, garis panduan serta piawaian sedia ada.

2. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan kelulusan dan pelesenan premis-premis kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta.

3. Menjalankan lawatan pemeriksaan ke atas premis-premis kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta dan menyediakan laporan pemeriksaan.

4. Merancang, membangun dan menyemak semula akta, polisi, strategi, kod amalan dan standard yang berkaitan dengan untuk aktiviti-aktiviti di bawah Unit Penjagaan Kesihatan Swasta.

5. Menjadi rujukan dan memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan sistem kejuruteraan kepada CKAPS, UKAPS, premis-premis kemudahan dan perkhidmatan jagaan swasta atau mana-mana pihak yang berkenaan apabila diperlukan.

5. Menentusahkan loji dan jentera, peralatan perubatan atau kemudahan lain yang layak diberi pengecualian cukai pendapatan di bawah Investement Tax Allowance (ITA) sebagai galakan Promosi Pelancongan Kesihatan.

 

Senarai Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta: 

http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Senarai_KPJKS

 

 

 

 

 

 

 

 

AKTIVITI CAWANGAN PERANCANGAN

 

UNIT TEKNIKAL (UT)

 

1. Lawatan Kemajuan Projek Mobile X-ray Truck

 

2. Lawatan Kemajuan Projek Klinik Bergerak 1 Malaysia

 

UNIT KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR (PKAS)

1. Menjalankan Kajian Sistem Sanitasi Hospital KKM

-Lawatan dan Pemeriksaan Sistem RBC Hospital Sabak Bernam, Hospital Segamat, Hospital Kulim dan Hospital Seberang Jaya

2. Pelaksanaan Outsourcing Perkhidmatan Tempat Letak Kereta Hospital KKM 

 -Lawatan dan Pemeriksaan  Tempat Letak Kereta Hospital Kuantan​​

3. Penganjuran Executive Talk/ Technical Seminar untuk Jurutera BPK

 -Mengadakan Technical Seminar bertopik 'Certified Environmental Professional In Schedule Waste Management'

-Mengadakan Technical Seminar bertopik 'Medical Gas, Photovoltaic dan Energy Manager