Seksyen Operasi Biomedikal

Sekyen Operasi Biomedikal ditubuhkan pada tahun 2014 dimana fungsi utamanya adalah untuk mengawalselia penyenggaraan peralatan biomedikal di klinik-klinik dibawah program MEET. 

Fungsi

  • Mengawalselia dan memantau pelaksanaan penyewaan dan penyenggaraan peralatan perubatan oleh pihak swasta di bawah Projek Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) serta program-program penyelenggaraan peralatan perubatan di klinik-klinik kesihatan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan teknologi dan keselamatan penggunaan peralatan perubatan kepada kakitangan klinik-klinik dan institusi-institusi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Merancang dan menyediakan kajian dan penyelidikan ke atas teknologi kejuruteraan Biomedikal /elektronik supaya  selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan terkini.
  • Menyelaras / menghadiri mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa teknikal / tender / rundingan terus / lawatan-lawatan tapak yang berkaitan peralatan biomedikal dan elektronik di klinik-klinik Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memantau pelaksanaan projek pembekalan, naiktaraf dan penggantian peralatan perubatan/elektronik di klinik-klinik Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menyelaras mesyuarat dan sesi pengujian dan pentauliahan perolehan peralatan perubatan/elektronik serta turut menyaksikan/mengesahkan laporan yang berkaitan bagi klinik-klinik Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Mengadakan penilaian teknikal aset peralatan perubatan dan merancang pelaksanaan penggantian/ naiktaraf peralatan-peralatan perubatan di klinik-klinik KKM.
  • Menyediakan dan menyelaras anggaran keperluan kewangan/peruntukan tahunan bagi perolehan pembekalan peralatan perubatan/elektronik di klinik-klinik Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) Menghadiri Pembentangan PROTASK oleh Kumpulan Inovasi HKL pada 7 Januari 2020.

2) Menghadiri Pembentangan Technologi Update oleh Fuji pada 7 Januari 2020.

 

3) Menghadiri Pembentangan Cadangan Projek Pembekalan Haemodialysis & Pusat Dialysis Negara pada 7 Januari 2020

4) Lawatan ke Hospital Veterina Bagi Pelupusan X-Ray pada 8 Januari 2020.

 

5) Menghadiri Pembentangan Sistem Analisa Gait pada 10 Januari 2020.

6) Menghadiri Pembentangan Technologi Update oleh United Imaging Healthcare Berkaitan Peralatan MRI dan CT-Scan pada 10 Januari 2020.

7) Menghadiri Majlis Perasmian Peralatan CT-Scan Dibawah Program Replacement Through Maintenance (RTM) oleh YB Dr. Lee Bun Chye pada 19 Januari 2020 bertempat di Hospital Langkawi, Kedah. 

8) Menghadiri Demostration On Mobilegenius DR by Synergy Sdn Bhd pada 5 Februari 2020.

 

9) Pemeriksaan Teknikal Ultrasound di Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultan Ismail, Hospital Pulau Pinang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

10) Melaksanakan Pemeriksaan Teknikal Perkhidmatan Sokongan Hospital Bagi Skop BEMS di Hospital Sibu, Sarawak pada 11-12 Februari 2020.

11) Menghadiri Mesyuarat membincangkan Proses Penilaian Bagi Biomedikal Technical Personnel (BTP) di MDA pada 19 Februari 2020.