Seksyen Operasi Hospital

Seksyen Operasi Hospital bertanggungjawab dalam :-
 
• Mengawal selia pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi supaya mematuhi keperluan perjanjian konsesi.
• Menguruskan proses mobilisasi PSH bagi fasiliti kesihatan (hospital) baru.
• Memastikan pendaftaran aset dan sistem kejuruteraan bawah PSH dilaksanakan dengan teratur dalam sistem ASIS.
• Memastikan pengoperasian peralatan, sistem kejuruteraan, infrastruktur tidak terjejas.
• Memberikan khidmat nasihat tenikal dan mencadangkan langkah penyelesaian terhadap aduan berkaitan PSH.
• Skop PSH melibatkan 6 servis seperti di bawah :-
 
 

SERVIS 

PERKARA
FMS

Mengawal selia pengurusan dan penyelarasan PSH yang merangkumi Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Linen and Laundry Services (LLS), Healthcare Waste Management Services (HWMS) and Cleansing Services (CLS) bagi memastikan Hospital Kontrak dapat beroperasi dengan baik dan selamat.

FEMS

Mengawal selia penyelenggaraan semua sistem kejuruteraan mekanikal dan elektrik serta sistem kejuruteraan awam termasuk bangunan, jalan, longkang, bekalan air, sistem pembetungan paip kebersihan serta tanah dan landskap di Hospital Kontrak.

BEMS

Mengawal selia penyelenggaraan semua peralatan bioperubatan dan peralatan lain yang berkaitan dan bersekutu yang akan digunakan di Hospital Kontrak.

CLS

Mengawal selia pembersihan wad, klinik dan kawasan-kawasan lain di dalam Hospital Kontrak termasuk pembersihan dewan bedah, makmal, farmasi dan kawasan sekeliling Hospital Kontrak.

LLS

Mengawal selia pengumpulan linen, pemprosesan dobi, pengedaran dan bekalan linen di Hospital Kontrak.

HWMS

Mengawal selia pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa di Hospital Kontrak. 

 

                 

 

Garis Panduan SOH

* klik untuk besarkan