Seksyen Operasi Klinik

PENGENALAN

Seksyen Operasi Klinik Bertangungjawab dalam :-

  • Merancang dan mengurus perlaksanaan Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) bagi perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti, perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa klinikal untuk semua fasiliti klinik kesihatan dan pergigian KKM di seluruh negara.
  • Memantau dan melaksanakan projek-projek pembaikan dan naiktaraf fasiliti klinik kesihatan dan pergigian termasuk pembaikan kuarters.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal kejuruteraan berkaitan fasiliti klinik kesihatan

 

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan projek berdasarkan perancangan, skop, spesifikasi dan kualiti sepertimana yang ditetapkan di dalam kontrak.
  • Memastikan program penyelenggaraan dan pembaikan bagi perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti dan peralatan bio-medikal, perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa-sisa klinikal dilaksanakan secara berkesan.
  • Memastikan pendaftaran dan pelupusan fasiliti dan aset di klinik-klinik kesihatan/pergigian mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

MISI

  • Pengurusan Fasiliti yang menyeluruh dan efektif bagi memastikan fasiliti kesihatan termasuk aset berada dalam keadaan berfungsi dan selamat digunakan pada setiap masa.