Seksyen Kawalan Alam Sekitar

PENGENALAN

Seksyen Kawalan Alam Sekitar (KAS) dan National Environmental Health  Action Plan (NEHAP) terdiri daripada pecahan 7 unit utama yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam pelaksanaan aktiviti.
 
  • Program Kawalan Mutu Air Minum

         - Unit KMAM

  • Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

         - Unit BAKAS

  • Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA)

         - Unit Pencemaran Air

         - Unit Kualiti Udara Dalaman

         - Unit Pengurusan Sisa Merbahaya

  • Unit Khidmat Saintifk

 

OBJEKTIF SEKSYEN KAS

  • Untuk menurunkan kadar jangkitan penyakit dan penyakit bawaan vektor yang berkaitan dengan kadar sanitasi yang rendah di kawasan luar bandar dan bandar melalui pembaikpulihan dan peningkatan kadar sanitasi persekitaran dan keseluruhan sistem bekalan air.
  • Untuk mempertingkatkan standard kesihatan dengan memastikan keselamatan air minum yang dibekalkan kepada pengguna. Objektif ini dapat dicapai dengan penurunan kadar insiden berkaitan jangkitan penyakit bawaan air atau keracunan air hasil dari bekalan air yang bermutu rendah melalui programpemantauan berterusan. Program ini memastikan kakitangan Kesihatan Awam dan Jabatan Air bersikap waspada terhadap sebarang masalah berkaitan kualiti air minum dan mengambil langkah pembaikpulihan dan tindakan pembetulan sebelum berlakunya kejadian wabak atau keracunan yang besar.

 

CARTA ORGANISASI

                  

 

Muat turun carta organisasi Seksyen KAS

 

PROGRAM KAWALAN MUTU AIR MINUM (KMAM)

 

 

UNIT KMAM

Pengenalan

  • Dimulakan pada 1983 sebagai projek perintis dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1986
  • Pelaksanaan hanya secara pentadbiran antara agensi berkaitan
  • KKM menerbitkan Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang berpandukan kepada garis-garis panduan World Health Organization (WHO) bagi mengukur tahap kualiti air minum yang dibekalkan kepada rakyat.
  • Program KMAM kebangsaan berfungsi untuk memberi amaran (alert) secepat mungkin kepada kakitangan kesihatan awam, pihak pembekal air dan agensi-agensi lain yang berkaitankemerosotan kualiti air minuman yang dikesan atau apabila sumber potensi pencemaran dikenalpasti
  • Lebih kurang 180,000 jumlah sampel diambil dalam setahun dengan bilangan parameter  lebih kurang 50 parameter kualiti air dianalisa di bawah program KMAM
 
 

Skop dan elemen program KMAM

 
                          
 
 

Objektif

  • Meninggikan taraf kesihatan orang ramai dengan memastikan air minum yang dibekalkan adalah selamat dan boleh diterima oleh pengguna-pengguna.
  • Mengurangkan berlakunya wabak penyakit  bawaan air atau keracunan yang berkaitan dengan bekalan-bekalan air awam yang tidak memuaskan.
  • Memastikan kakitangan kesihatan umum dan pekerja bekalan air dimaklumkan dengan segera mengenai keburukan dalam mutu air minum
  • Mengambil langkah-langkah pemulihan sebelum berlaku wabak penyakit atau keracunan.
 
 

Aktviti pelaksanaan program

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah program KMAM adalah pemantauan kualiti air bagi bekalan air awam, pemantauan kualiti air di pulau & pusat pelancongan, pemantauan kualiti air di ladang, kajian kebersihan, memberi khidmat nasihat, menjalankan audit teknikal dan mengadakan latihan serta kajian berkaitan kualiti air.
 
                               
 
                                                                               
 
 
 
 
PROGRAM BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING (BAKAS) 

 

 

UNIT BAKAS

Pengenalan

  • BAKAS adalah singkatan kepada Program Belakan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling.
  • BAKAS telah dilaksanakan sejak tahun 1973 sebagai salah satu usaha Kementerian Kesihatan untuk mengelakkan berlakunya penyakit bawaan air dan penyakit yang berkaitan dengan keadaan persekitaran yang tidak bersih, terutama di luar bandar.
  • Bermula dengan penyediaan bekalan air bersih dan tandas, pada tahun 1996, skop program ini telah diperluas untuk merangkumi aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan tahap kesihatan alam sekitar luar bandar dengan memenuhi keperluan pengurusan berkesan sisa pepejal dan pelupusan air limbah.
  • Dilaksanakan dengan menyediakan sistem yang menggunakan teknologi kos rendah dan dengan penyertaan masyarakat kampung melalui pendidikan kesihatan (sebelum, semasa & selepas) dan semasa pembinaan (untuk menggalakkan kelestarian selaras dengan saranan WHO).
  • Dilaksanakan secara bersepadu dengan program-program kesihatan yang lain seperti kawalan penyakit bawaan vektor dan kawalan mutu makanan. Bertujuan sebagai satu cara pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.
  • Di Malaysia, Kementerian Kesihatan memainkan peranan yang aktif dan berkesan dalam melaksanakan program sanitasi di kawasan luar bandar.
 

Objektif umum

  • Membantu mengawal & mengurangkan penyakit bawaan air dan makanan melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air dan sanitasi kepada penduduk luar bandar.
 

Objektif khusus

  • Untuk mengurangkan kejadian penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan makanan termasuk melalui alam sekeliling yang sempurna.
  • Untuk mendapat penyertaan maksima daripada penduduk bagi memperbaiki kebersihan alam sekeliling di persekitaran rumah mereka dan juga untuk masyarakat, supaya mendapat faedah maksima daripada persekitaran yang telah diperbaiki, memperkenalkan kemudahan-kemudahan kesihatan, mengurangkan kos dan menentukan bahawa penyelenggaraan dan operasi kebersihan diteruskan pada masa hadapan.
  • Untuk mendidik kanak-kanak menggunakan kemudahan kesihatan
  • Memastikan setiap buah rumah di seluruh negeri mempunyai dan menggunakan tandas sempurna
  • Membekalkan bekalan air yang selamat dan mencukupi kepada masyarakat serta memastikan bekalan air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa adalah mencukupi dan selamat
  • Menentukan setiap buah rumah mengadakan sistem pembuangan air limbah dan sampah sarap yang teratur dan kebersihan rumah dan sekeliling yang memuaskan supaya dapat menghapuskan serangga-serangga yang membawa penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus, lipas dan sebagainya
  • Memastikan rumah di seluruh negeri mengamalkan tabiat menjaga kebersihan alam sekeliling dengan sempurna
Aktiviti Pelaksanaan Program
 
                             
 
                             
 
 
 
PROGRAM PERLINDUNGAN KESIHATAN ALAM SEKITAR (PEKA)

 

​​Pengenalan

  • Pada 1995, KKM telah meluluskan pelaksanaan program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dibawah tanggungjawab BPK, KKM. Program ini juga telah dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-7.
  • PEKA merupakan usaha awal KKM untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan kesihatan alam sekitar bagi mewujudkan beberapa aktiviti seperti pemantauan kualiti air rekreasi, kualiti udara dalaman, pengurusan sisa berbahaya dan pengumpulan data kesihatan alam sekitar di negeri-negeri.
  • Di bawah program ini, 3 Unit telah diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti PEKA iaitu Unit Pencemaran Air, Unit Kualiti Udara dan Unit Pengurusan Sisa Berbahaya.
  • Di samping itu, aktiviti berkaitan pengumpulan maklumat iaitu Pembangunan Profil Kesihatan Alam Sekitar telah mulakan pada tahun 2015.
 

Objektif umum

  • Memantau kesan Kesihatan yang berpunca daripada pembangunan yang pesat, proses perindustrian, isu kualiti udara dalaman, pengurusan sisa klinikal dan masalah pencemaran air.
  • Melaksanakan program pengawasan kualiti air di pusat rekreasi semulajadi dan kolam renang, memantau sanitasi di pusat pelancongan, mengawas kualiti udara dalaman di premis KKM dan menyediakan khidmat kepakaran mengenai pengurusan bahan dan sisa berbahaya.

     

                                                     

UNIT PENCEMARAN AIR 

Pengenalan

Pencemaran air akibat daripada pengurusan sanitasi yang tidak memuaskan boleh menyebabkan risiko penyakit akibat penyakit bawaan air. Selain itu, pengurusan sanitasi yang berkesan secara keseluruhan boleh menjamin kesejahteraan dan kesihatan pengguna dan persekitaran.
 

Objektif 

  • Menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung/pengguna yang terdedah kepada risiko kesihatan akibat daripada;
  1. pencemaran air; 
  2.  kualiti kebersihan;dan
  3.  keselamatan.
  • Program ini juga menekankan kepada pembangunan standard dan garis panduan bagi membantu Kementerian Kesihatan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di atas.
 

Aktiviti Pelaksanaan Program 

Aktiviti-aktiviti di bawah UPA mencakupi Pemantauan Sanitasi Pusat Pelancongan (PSPP), Pemantauan Program Kebersihan Dan Keselamatan Tandas Di Semua Fasiliti KKM Di Peringkat Kebangsaan (PKKT), Pemantauan Kualiti Air Kolam Renang (PKAKR), Pemantauan Kualiti Air Rekreasi Semulajadi (PKARS), Pelan Keselamatan Sanitasi (PSPP), dan perancangan aktiviti terbaharu Pemantauan Persekitaran Kemudahan Kesihatan yang melibatkan pemantauan kualiti air, sanitasi dan udara.
 
                                        ​
 
 

UNIT KUALITI UDARA DALAMAN 

Pengenalan

Kualiti udara dalaman (IAQ) adalah udara persekitaran dalaman atau persekitaran tertutup yang dilengkapi sistem pengalihudaraan mekanikal dan penyaman udara (MVAC) termasuk unit pendingin udara pisah. Pemantauan kualiti udara dalaman ini merupakan satu daripada kewajipan am seperti yang dinyatakan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] bagi majikan dan penghuni bangunan (termasuk pemilik bangunan dan pengurusan bangunan) untuk menyediakan tempat kerja yang selamat kepada pekerja mereka atau orang lain selain pekerja mereka (penduduk).
 

Objektif 

  • Membangunkan aktiviti pemantauan kualiti udara dalaman (indoor air) di premis KKM.
  • Memupuk kesedaran anggota pekerja KKM tentang kepentingan kualiti udara dalaman di tempat kerja.
  • Memastikan warga KKM mendapat kualiti udara dalaman yang baik sepanjang masa bekerja.
 

Aktiviti Pelaksanaan Program 

 
                                   
 

Garis panduan

  • Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
  • Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 – ICOP IAQ 2010
  • ASHRAE  Std.
 
 

UNIT PENGURUSAN SISA MERBAHAYA 

Penilaian Kesan Kesihatan Alam Sekitar

 
  • Objektif : Memastikan kesihatan alam sekitar dikekalkan dalam pembangunan projek fizikal​
  • Peranan BPK : Memberi ulasan/input kejuruteraan kesihatan alam sekitar bagi projek-projek fizikal yang memerlukan EIA
  • Kepentingan EHIA:
  1. Pencegahan penyakit (preventive measures) di peringkat awal - semasa fasa perancangan sesuatu aktiviti pembangunan
  2.  Memindah kos dan bebanan kesihatan yang perlu ditanggung oleh KKM melalui langkah pencegahan ke atas aktiviti pembangunan tertentu
 

Profil Kesihatan Alam Sekitar 

  • Objektif Aktiviti :Mewujudkan sistem maklumat untuk mengawasi kesan-kesan kesihatan terhadap semua aktiviti berkaitan sisa pepejal, pencemaran air, pencemaran udara dalaman dan luaran.
  • Kepentingan Aktiviti:
  1. Membantu KKM dalam meningkatkan langkah-langkah kawalan pencegahan berdasarkan maklumat yang tepat (evidence based)  
  2. Membantu dalam menyediakan input/ulasan EHIA dalam EIA
 

UNIT KHIDMAT SAINTIFIK

Pengenalan

Peranan utama Unit Saintifik  adalah dalam merancang, menjalankan dan menyelaras kerja-kerja berkaitan saintifik yang bersangkutan dengan program-program di bawah Seksyen KAS seperti berikut :
  • Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
  • Pencemaran Air
  • Pencemaran Udara
  • Pengawasan Kualiti Bekalan Air & Kesihatan Alam Sekeliling di Luar Bandar (BAKAS)
 

Objektif

  • Menjalankan kajian saintifik ke atas program Seksyen KAS
  • Membangunkan garispanduan / standard / manual / parameter yang berkaitan
  • Menguruskan spesifikasi peralatan dan bahan gunapakai bagi tujuan perolehan
  • Menjalankan audit / lawatan
  • Menjalankan latihan yang berkaitan 

Aktiviti-aktiviti unit saintifk