Seksyen NEHAP

SEKSYEN NEHAP

 

Seksyen NEHAP mempunyai tiga (3) unit utama iaitu: -

  1. Unit Sekretariat NEHAP
  2. Unit Kualiti Udara (PEKA)
  3. Unit Pengurusan Risiko/Sisa Berbahaya (PEKA)

1.        Unit Sekretariat NEHAP

Objektif am program NEHAP adalah seperti berikut:

i.   Mengukuhkan kolaborasi dan kerjasama berbagai sektor dengan cara penggunaan sumber yang berkesan dalam meningkatkan kesihatan awam dan pembangunan mampan; dan

ii.   Membangunkan dan mengekalkan kesihatan awam serta pembangunan mampan melalui pengurusan kesihatan alam sekitar secara sistematik dan holistik.

Mekanisma pelaksanaan NEHAP merangkumi 3 peringkat iaitu Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan Kumpulan Kerja Tematik.

Jawatankuasa (JK) Pemandu NEHAP Malaysia telah ditubuhkan dan telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 1 Ogos 2013.

  • Peranan Jawatankuasa Pemandu ini antara lain adalah memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan NEHAP adalah selaras dengan rangkakerja dan polisi serta halatuju semasa Kerajaan.

Jawatankuasa Teknikal NEHAP Malaysia pula telah ditubuhkan dan telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 29 September 2013.

  • Fungsi utama JK Teknikal adalah memberi khidmat nasihat teknikal kepada JK Pemandu bagi memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan NEHAP adalah selaras dengan rangkakerja dan polisi serta halatuju semasa Kerajaan. JK Teknikal juga menyelaras semua isu-isu, cadangan penyelesaian dan pelan tindakan yang berkaitan dengan kesihatan alam sekitar sebelum dibentangkan kepada JK Pemandu NEHAP Malaysia.

Sehingga 2017, sebelas (11) Kumpulan Kerja Tematik (TWG) telah diwujudkan bidang keutamaan yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat JK Pemandu seperti berikut;

  1. TWG 1 - Kualiti Udara;
  2. TWG 2 - Bekalan Air, Kebersihan dan Sanitasi;
  3. TWG 3 - Sisa Pepejal dan Sisa Berbahaya;
  4. TWG 4 - Kimia Toksik dan Berbahaya;
  5. TWG 5 - Perubahan Iklim, Penipisan Lapisan Ozon dan Perubahan Ekosistem;
  6. TWG 6 - Pelan Kesediaan Luar Jangka dan Kecemasan Alam Sekitar; dan
  7. TWG 7 - Penilaian Kesan Kesihatan
  8. TWG 8 - Informasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT)
  9. TWG 9 - Perparitan Bandar
  10. TWG 10 - Pakar Kesihatan Alam Sekitar
  11. TWG 11 - Vektor Bawaan Penyakit

 

2.        Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA)

Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) telah diperkenalkan pada tahun 1995 semasa Mesyuarat Tahunan BAKAS di Marang Resort & Safaris, Terengganu dan dilaksanakan dalam Perancangan dan Pelaksanaaan Program Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar untuk Rancangan Malaysia Ke-7.

Komponen utama program ini meliputi bidang seperti Pengurusan Pencemaran Air, Pengurusan Sisa-Sisa Pepejal dan Pencemaran Udara dan Persekitaran Dalaman. Pelan tindakan untuk PEKA telah dirangka dan dilaksanakan bermula dari Disember 1996.

Namun begitu, Program ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan sumber manusia yang tidak mencukupi di peringkat negeri dan limitasi pemantauan di peringkat Ibu Pejabat. Pada tahun 2015, Seksyen NEHAP telah diberi tugasan untuk mengaktifkan semula aktiviti dalam Program PEKA yang telah diperkenalkan sejak tahun 1995.

Program PEKA di bawah tanggungjawab Seksyen NEHAP adalah aktiviti pemantauan kualiti udara dalaman dan pengurusan risiko kesihatan alam sekitar. Manakala aktiviti pemantauan pencemaran air dipertanggungjawabkan di bawah Seksyen KAS.

 

2.1      Unit Kualiti Udara (PEKA)

Skop perkhidmatan bagi unit ini hanya meliputi pencemaran udara dalaman. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan adalah meliputi premis KKM iaitu Jabatan Kesihatan Negeri, Ibu Pejabat KKM dan lain-lain premis yang akan ditentukan dari masa ke semasa.

 

2.2      Unit Pengurusan Risiko/Sisa Berbahaya (PEKA)

Skop perkhidmatan bagi unit ini meliputi pengurusan sisa berbahaya (termasuk bahan berbahaya) dan penilaian kesan alam sekitar (EIA). Namun begitu, skop unit ini ditambah kepada pengurusan risiko kesihatan alam sekitar. Secara ringkasnya, tiga (3) modul diperkenalkan dalam skop ini iaitu:-

  1. Pengumpulan data dan Penyediaan Profil Kesihatan Alam Sekitar
  2. Penilaian Risiko Kesihatan Alam Sekitar
  3. Pengurusan Risiko Kesihatan Alam Sekitar

 

 

Aktiviti Utama Seksyen NEHAP

  1. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu NEHAP Malaysia dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal NEHAP Malaysia
  2. Pemantauan Rutin Kualiti Udara Dalaman di premis Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan dan jabatan-jabatan lain (by request)
  3. Memberi input dan khidmat nasihat dalam penilaian kesan alam sekitar (EIA) dan pengurusan sisa berbahaya.
  4. Membangunkan aplikasi risiko kesihatan alam sekitar

 

 Laman Web Rasmi NEHAP Malaysia >> sila klik logo berikut  


Senarai Dokumen:

  1. Sekretariat NEHAP, (2015). Guidance Document: National Environmental Health Action Plan (NEHAP) Malaysia. Malaysia: Engineering Services Division
  2. Sekretariat NEHAP, (2013). National Environmental Health Action Plan (NEHAP) Malaysia: 1st Seminar 2007. Malaysia: Engineering Services Division.
  3. Manual Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar-Inventori Risiko Kesihatan Alam Sekitar (PEKA-EHRI) Edisi Pertama Ogos 2018.

klik untuk besarkan image

 

 

* klik image untuk carta yang lebih besar