Perutusan Pengarah Bahagian

 

 

 

 

 

 

 

Perutusan Pengarah,
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Laman web ini merupakan salah satu sumber informasi mengenai maklumat kakitangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah BPKj, seiring dengan dasar, visi dan misi KKM. BPKj juga merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan dan pemantauan aspek-aspek teknikal dalam kejuruteraan kesihatan umum, kejuruteraan penjagaan kesihatan dan biomedikal yang efisien, efektif dan berkualiti.  

Sejajar dengan agenda Kerajaan ke arah Industrial Revolution (IR) 4.0, BPKj juga berhasrat untuk terus berdiri sebagai Bahagian teknikal di peringkat KKM dalam bidang kejuruteraan kesihatan umum, kejuruteraan penjagaan kesihatan dan kejuruteraan biomedikal yang inklusif dan mapan dengan fasiliti kesihatan yang selamat dan hijau untuk  memacu pembangunan sektor kesihatan negara.

Saya juga ingin menarik perhatian para pengunjung, laman web rasmi ini merupakan perkongsian maklumat mengenai program-program, aktiviti-aktiviti, kegiatan sosial dan kebajikan di BPKj. Selain itu, laman web ini juga merangkumi penyediaan maklumat atas talian, direktori pegawai, pautan jabatan dan agensi luar yang berkaitan. Besar juga harapan saya agar, informasi dan maklumat-maklumat yang disediakan digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan bersama serta memudahkan pengunjung dalam mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.

Akhir kata, saya juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan, pertanyaan atau aduan daripada setiap pengunjung laman web rasmi ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Bahagian ini dalam memberi perkhidmatan yang inklusif dan efektif kepada rakyat. Semoga laman web rasmi ini menjadi nadi penghubung dan maklumat teknikal yang terus kekal bermanfaat kepada anda semua dalam mendapatkan perkhidmatan yang berterusan Bahagian ini, khususnya dan di KKM, amnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Ir. TAURAN ZAIDI BIN AHMAD ZAIDI
Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia